Monday, July 15, 2013

rezeki,

assalam :)
Kadangkala apa yang kita taknak itulah yang kita dapat.
Bukan tidak bersyukur dengan rezeki yang diberi , namun hati mengharapkan yang lain.
Rasa berat dihati menidakkan segalanya.
Rasa malas yang bermaharajalela mematikan segala rasa.
Rasa bersalah yang bersarang memberatkan segalanya.
Tidak dapat memenuhi harapan sekeliling menyentapkan diri.
Salah siapa ?
Salah sendiri yang menidakkan kebenaran.
Kita hanya merancang namun Dia yang menentukan segalanya.
Kerana itu adalah sebaik baik rancangan.
Rezeki ada dimana mana dengan izinNya.
Belajar menerima hakikat , wahai hati.
Dan hanya satu harapan diminda kini ,
Semoga dipermudahkan segalanya disana nanti.

  

No comments: